Isnin, 18 April 2011

Social - Parit Sulong Sekarang...

Hmm, entri nie aku wat sebab aku rasa cam lain sangat-sangat sekarang. Hari ini aku baru jer balik
kampung, Parit Sulong. Sampai jer kt tempat aku, aku rasa semacam jer.
Aku tengok budak-budak yang sebaya dengan aku semacam sangat. Aku penahlah dengar citer tak baik pasal budak-budak kt tempat aku, negatif lebih dari yang positif.

.Ade yang aku dengar sekarang dorang main dengan dadah. Ya Allah, apelah nak jadi dengan budak-budak nie. Dorang bukan setakat hisap jer, siap jual lagi. Aku tengok organisasi kampung pun sekarang dah teruk. Dulu, kawasan tempat aku nie aku rasa aku leh respect dengan organisasi kampungnya tapi sekarang, tidak langsung.

Aku tak tahu sebab ape jadi camni. Kalolah tul budak-budak nie dah main dengan dadah, alamatnya kawasan aku yang harmoni dulunya memang akan hilang aman nya. Pasti masalah cam mat rempit, bohsia, rompak, bunuh akan berlaku. Kita pasti leh bezakan antara orang yang hisap dadah dengan tak. Hmm, adakah disebabkan masalah ekonomi? Yelah, tempat nie rata-ratanya orang berkebun, tapi kalo pikir balik, orang yang keje menyawit tu lebih kaya dari orang-orang bandar. Bayangkan ade sampai yang amek duit sawit sebulan RM90K nek motor Honda bulat jer. Confirm orang takan pikir dia bawak duit banyak.

Aku harap, ahli parlimen kawasan aku (Dato' Noraini Ahmad) turun padang, tengok keadaan sebenarnya camner. Kalo boley, datanglah kat kawasan-kawasan kampung, wat banyak aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan antara penduduk. Jangan asyik buat kat pekan jer, barulah keadaan kembali asal. Sekarang nie pun orang kampung dah tak macam dulu, masing-masing wat hal masing-masing..


P/S: Alangkah bagusnya kalo entri ini dibaca oleh orang yang boleh membawa perubahan...

2 ulasan:

  1. saya suggest, lawati http://redzuansalleh.blogspot.com/2009/07/logo-kampung-parit-tengah-tengah-aku.html

    BalasPadam
  2. Haha, gelombang kemusnahan belum sampai lg kot kt kg ko, hope xsmpailh kn?
    hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...