Isnin, 28 Mac 2011

Kursus Pra-Perkahwinan

Permulaan Baru dalam kehidupan

Pada 26-27 Mac 2011 yang lepas, buat pertama kalinya dalam sejarah aku menghadiri kursus pra-perkahwinan atau dengan bahasa mudahnya, kursus sebelum kahwin. Kursus ini sangat bagus untuk kita menilai sejauh mana  persediaan kita sebelum kita melangkah ke alam perkahwinan. Ramai orang ingat bila bercinta dalam jangka masa lama merupakan persediaan yang mantap tetapi hakikatnya adalah tidak. 

Walaupun kita bercinta 10 tahun sekalipun kalau kesefahaman tidak ada, lebih baik kita jangan berangan nak kahwin. Bukan apa, banyak benda yang kita perlu fikirkan tidak kira samada dari pihak perempuan mahupun pihak lelaki. 


Ada hadis mengatakan, pilihlah pasangan itu dari kerana hartanya, rupanya, keturunannya dan agamanya, tetapi bagi sesiapa yang memilih kerana agamanya, maka dia akan beroleh kebahagian di dunia dan akhirat.
  
Si 'dia'

Antara perkara yang perlu aku fikirkan sebelum melangkah ke alam perkahwinan:
  1. Kewangan (financial)
  2. Agama
  3. Kepimpinan
  4. Kekuatan fizikal & mental
Apabila kita berkahwin, kita bukan sahaja berkahwin dengan pasangan kita, kita juga kena fikirkan mengenai keluarga & kerabatnya sekali. Itulah dugaan yang paling mencabar sekali, yelah, kalau kena pasangan yang budaya sama macam kita takper, cuba kalau kena dapat orang dari negeri lain macam Melaka, Negeri Sembila, Kedah atau Kelantan, mahu tak nangis. 
Apa-apa pun, bagi sesiapa yang nak kahwin sangat tu, fikirlah 2-3 kali. Jangan fikirkan yang indah-indah jer, sememangnya benda yang baru memang seronok tetapi keseronokan itu bergantung berapa lama kita menjaganya. Terus terang cakap, balik dari kursus ini, aku memang yakin yang aku belum sedia.
Wasalam






P/S: Aku rasa, sesiapa yang nak bercinta, baik pergi terus kursus, yakin mesti dorang takan berani nak buat benda-benda yang tak elok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...