Khamis, 24 November 2011

Berblog semula

Fuh.. Fuh.. Rasaenya dah bersawang dah blog nie, lama kot dah tak post kat blog ini. Tapi bila bukak blog ini semula, rupanya ada jugak orang datang melawat.. WAAwawwawa... Perasaan yang terharu tiba-tiba muncul kerana ada jugak pelawat melawat blog ini. Terima kasih kepada yang datang melawat semasa saya offline untuk ketika yang lama.

Untuk pengetahuan semua, saya baru saja tuka hard drive lappy ini, so, maksudnya dapatlah berblog semula pasni. Don't worry, there will be new tutorial for engineering student. Tak sempat nak upload sebab banyak kerja nak siapkan dulu.

Last word, I love chemical engineering!

Selasa, 31 Mei 2011

Elektrik naik, gula naik.. bla..bla..

Arghhh!!! Aku paling bengang kalau kerajaan menaikkan sesuatu harga barang. Aku bukan bengang dengan harga barang yang dinaikkan tu tapi aku bengang harga barang lain pun naik sekali walaupun benda tu tak der kaitan langsung pun dengan harga barang.
Sebagai contoh, gula naik cuma RM0.20 jer tapi apesal air boleh naik sampai RM0.50 segelas?? Padahal nak buat segelas air tu tak lah guna sampai 1kg gula. 


Nie Esok 1 Jun elektrik akan naik sebabkan kerajaan nak kurangkan subsidi tapi duit yang dikurangkan tu betul ker digunakan kat tempat yang betul?

Kepada kerajaan, jika sesuatu harga itu sudah naik, amat sukar sekali untuk ia turun. Kita semua pun dah tahu kan hakikat itu. Peniaga-peniaga maner lah nak turunkan harga sebab dia boleh dapatkan keuntungan yang besar. Kalau nak naikkan sesuatu sekalipun, gaji setiap orang pun kenalah naik sekali, tak kira lah swasta atau pun sektor kerajaan.

Sabtu, 14 Mei 2011

Kerja!! Kerja!!

Haha, arini aku start kerja untuk menampung waktu-waktu cuti ku selama 4 bulan. Tulah, bukan tak suka cuti tapi pas seminggu cuti, tak tahu. Maka tanggal 13 Mei, sewaktu aku baru bangun tido pukul 5 petang, aku dapat call suruh masuk kerja pukul 11 tadi. Tapi yang tak bestnya, aku dah plan nak hantar gf aku ke Putrajaya arini, jadi serba salah.


Tapi Alhamdullilah, akhirnya aku dapat manage masa untuk hantar gf dan juga punch in kerja untuk hari pertama. Tapi sedih gak tem hantar tadi, macam dah susah jer nak jumper dia lagi, Hehe. So, badan pun penat & sekarang pun dah tak tahu nak tulis pe, hopely pasni aku dapat kerja dengan gembira.

Selasa, 10 Mei 2011

Berakhirnya suatu kesengsaraan - Permulaan yang baru

Fuh, alhamdulilah, selama beberapa minggu kehidupanku tak terurus, akhirnya aku dapat menghirup udara segar luar rumah dengan penuh ketenangan. Boleh dikatakan selama beberapa minggu yang lepas, otak ku seakan sudah damage dek kerana study yang teramat. Tapi yang tak bestnya, study bagai nak target 4.0, tapi final paper haram tak boleh jawab. Lain yang target keluar, lain yang keluar.

Antara jawapan yang seakan aku buat dalam final aritu:

Hmm, aku dah cuba kot, ingatkan nak score sem nie, tapi entahlah, tak tahu nak buat apa. Orang kata, mungkin banyak buat dosa kot. Jahat sangat ker aku aek? Hopely, pasni aku dapat berblog dengan hepinya (walau takder yang baca, peduli apa!) Haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...